As Salam...
Sekadar pedoman buat sahabat tersayang dan diri saya sendiri...
Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa
lainnya
kamu lupa padaNya.Jika sembahyangmu 10 minit , cuma 10 minit itu saja
ingatanmu
padaNya.Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya......kamu pada dahulunya amat susah.Allah
yang
memberi rezeki kepadamu , dengan rezeki itu kamu dapat menampung
keluargamu ,
membeli rumah , kereta dan sebagainya.......tetapi hatimu masih belum
puas ,
kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba
kekurangan.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu ,
menyakiti hati mereka , menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah
keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri
tidak
tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu , dengan ibadah
kamu ,
dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan
kamu
sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada
di
sisi kamu itu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu ,menggunakan
wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu
tidak suka.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah
kepada
fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya
dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan
kamu
hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa
kamu
raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.
Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu
tahu
sesuatu musibah itu datang daripada Allah.
Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?
Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain
ataupun
menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan
kamu
sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat
amal
ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.
Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
" Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan
mungkar".
Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di
atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?
Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?
Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam
sembahyang".
Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka
yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.
Sampai-sampaikan sahabatku walau sepotong ayat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan